Pulau Bohey Dulang, Semporna merupakan salah satu tempat
menarik di Sabah. Pulau Bohey merupakan sebuah tarikan semula jadi dan
merupakan sebuah pulau yang terkenal di kalangan pelancong dalam Negara begitu
juga dengan pelancong warga asing. Ia telah menjadi Pulau terbesar daripada
lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Salah satu tempat menarik di Sabah.
Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan Gunung
Berapi jutaan tahun lalu. Permandangan di pulau ini sungguh menarik. Bohey
Dulang membawa maksud air dalam bahasa Bajau manakala dulang pula kerana pulau
ini seakan- akan berbentuk dulang.
Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi. Tempat ini sangat selamat kerana ia dijaga sepenuhnya oleh tentera Malaysia. Namun Pulau ini tidak menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi jarak yang begitu dekat memudahkan para pelancong untuk ke sini dalam satu hari.
Untuk sampai ke Bohey Dulang, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi. Tempat ini sangat selamat kerana ia dijaga sepenuhnya oleh tentera Malaysia. Namun Pulau ini tidak menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi jarak yang begitu dekat memudahkan para pelancong untuk ke sini dalam satu hari.
Produk- produk yang terdapat di Pulau Bohey Dulang
1. Hiking Pulau Bohey Dulang, Semporna
Tempat ini menjadi salah satu tumpuan
kerana tempat ini mempunyai bukit dan di sana, pelancong boleh melihat
permandangan yang sangat cantik. Pelancong juga boleh melakukan aktiviti hiking
di sini. Aktiviti Hiking ini mengamibl 600 meter untuk sampai ke puncak dan
mengambil masa sekurang- kurangnya 45 minit untuk sampai ke puncak.
2. Pusat Pembenihan Kima Gergasi Pulau Bohey Dulang, Semporna
Bukan itu sahaja. Terdapat
beberapa sepsis hidupan laut turut di pamerkan di dalam pusat pembenihan ini
seperti Tapak Sulaiman, Gamat, terembu karang dan sebagainya.pelancong yang
datang turut diizinkan untuk menyentuh spesis hidupan laut tersebut.
Pusat Pembenihan Kima Gergasi ini di
tubukan bagi memerihara spesis kima gergasi ini yang semakin pupus.
3. Snorkeling Pulau Bohey Dulang, Semporna
Aktiviti
snorkeling juga boleh dilakukan di sini dengan harga yang berpatutan iaitu RM30 seorang. Ini termasuklah dengan jaket keselamatan dan alat- alat keperluan yang lain yang digunakan untuk menyelam. Penyelam berpeluang untuk menyaksikan sendiri terembu karang
yang paling besar. Bukan itu sahaja,
Pulau ini kaya dengan landak laut yang besar dan di sini pelancong dapat melihat pelbagai jenis dan spesis hidupan laut yang bermacam- macam jenis. Kawasan air di sini sangat bersih dan keindahan semulajadi. Jauh dari pembangunan luar Bandar yang mampu mencemarkan keindahan air laut.
Pulau ini kaya dengan landak laut yang besar dan di sini pelancong dapat melihat pelbagai jenis dan spesis hidupan laut yang bermacam- macam jenis. Kawasan air di sini sangat bersih dan keindahan semulajadi. Jauh dari pembangunan luar Bandar yang mampu mencemarkan keindahan air laut.
4.
Homestay
Tempat penginapan homestay ini
menyediakan wifi di setiap bilik dan juga perkhidmatan yang lain seperti
televisyen, bilik mandi dan sebagainya. Keselesaan pelanggan di homestay ini
amat terjamin dan diambil berat oleh pekerja- pekerja.
Bagi
minum malam untuk pelanggan yang menginap di homestay ini adalah percuma. Harga
bagi setiap bilik adalah RM300 untuk satu malam termasuk semua pekhidmatan yang
disediakan .
5. Aktiviti yang tidak berbayar
Antara aktiviti yang dilakukan dengan
percuma adalah, Taman Tema Bohey Dulang. Pengunjung boleh meluangkan masa
dengan keluarga dan rakan mereka di tempat ini kerana ia dapat menjimatkan bajet.
Terdapat kolam renang terbuka yang percuma
kepada pelancong untuk bermandi- manda. sekiranya pelancong memerlukan alatan seperti pelampung, pihak yang bertugas akan menyediakan alat- alat tersebut dengan percuma. keselamatan pelancong akan dipantau oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
CIRI-CIRI
KESELAMATAN DIPULAU BOHEY DULANG
setiap pelancong ingin melawat ke
sesuatu destinasi akan mengutamakan keselamatan di tempat tersebut. Di Pulau
Bohey Dulang, mereka lebih mengutamakan keselamatan pelancong yang datang ke
sana. Contohnya, pengawal keselamatan sentiasa menjalankan tugas pada setiap
masa bagi menjamin keselamatan tempat tersebut terjamin.
PEMANTAUAN
PIHAK BERKUASA
Selain itu, pemantauan oleh pihak berkuasa
juga sentiasa dijalankan bagi memastikan tempat tersebut selamat dan tidak
didatangi sebarang penceroboh atau mengelakkan adanya pendatang asing untuk
datang ke pulau ini.
TALI
KAWASAN LARANGAN
Tali kawasan larangan ini adalah bagi
menjamin keselamatan semua pihak yang berada di pulau tersebut dan juga untuk
menjamin keselamatan semua aktiviti- aktiviti air seperti snorkeling yang
dilakukan di pulau tersebut.